tapi di kampung, ahli keluarga yang akan bersama menyertai jemputan beritahu yang mereka dah ada surat jemputan... saya pun cakap je kat diorang, "takpelah... dah dapat surat jemputan, pegi je lah"... he..he... konon-kononnya yakin la akan dapat juga surat jemputan tuh...
selepas cuti raya, cuba telefon semula pejabat penyedia surat... oh.. susahnya nak menembusi talian... bila berjaya menembusi talian, diberitahu surat jemputan tiada lagi.... saya mula patah semangat... baru lah tahu bagaimana rasanya di'reject' oleh orang yang disukai... mula la sebak bila mendengar talbiah... mula la bergenang air mata bila melihat foto orang bertawaf...
jadi saya pun meminta, dan meminta, dan meminta....
akhirnya....
nampak tak status dalam kurungan tu? itu la yang biasanya bakal tetamu tunggu...
nampak tak tanda 'tick' kat hijau tuh?... saya sihat alhamduLillah...
bagusnya bila badan dah berisi tahun ni, takde la rasa sakit sangat bila disuntik 2 KALI...
(tahun ni, jemaah kena suntikan tambahan seasonal influenza)
the swag... banyak sungguh syarikat yang menderma...
bukannya satu tapi DUA kursus perdana yang saya hadiri....
akhirnya, jadual penerbangan pun dah diterima...
tapi, saya masih terfikir... layakkah aku menjadi tetamuNya?
tapi, sepertimana seorang ustaz beritahu dalam ceramahnya semasa saya mengerjakan umrah 5 tahun lalu, 'jangan fikirkan bagaimana anda boleh ke sini, fikirkanlah bahawa anda di sini kerana diizinkanNya, jadi tumpukan kepada apa yang akan anda lakukan sebagai tetamuNya'...
Oleh itu, ini akan menjadi post saya yang terakhir untuk tahun ini... Di kesempatan ini juga, ingin saya meminta maaf jika ada sebarang kesalahan dan kesilapan sepanjang perkenalan... Diharap dapat mendo'akan saya semoga mendapat haji yang mabrur, serta selamat pergi dan pulang ke tanahair...
No comments:
Post a Comment