Wednesday, September 16, 2009

berakhirnya ramadhan...

Ramadhan tak habis lagi....

tapi memandangkan posting kat blog ni sangatlah far in between, maka anggaplah ini posting terakhir dalam Ramadhan...

Ramadhan tahun ni, sempat le merasa tarawih kat 2 masjid besar: Masjid Putra & Masjid Sultan Mizan.
Tujuan asalnya nak tengok Masjid Sultan Mizan yang baru dan gah itu, tapi kerana tak buat homework untuk survey jalan nak pegi sana, kerana dah terlambat, kami buat keputusan pegi ke masjid yang dah tau jalan iaitu Masjid Putra.

Kali kedua, selepas dah survey jalan, barulah berjaya sampai ke Masjid Sultan Mizan.

Kesimpulannya: Tarawih kat Masjid Putra lagi best dari Masjid Sultan Mizan.

Kenapa?

1) Masjid Sultan Mizan masih tiada penghadang untuk pisahkan jemaah lelaki dan perempuan. Jadi, kena la bersopan santun masa nak pakai kain sembahyang (masa nak mula) atau nak lucutkan kain sembahyang (lepas habis). mungkin sementara je kot situasi nih... maklumlah, baru lagi... landskap pun takde lagi...

2) Masjid Sultan Mizan macam kurang meriah. Agaknya pasal masjid ni terbuka, jadi macam tiada gema jemaah mengaminkan doa imam. Kalau masjid lain, rasanya macam berdengung-dengung 'Amin' nya...

3) Bacaan imam Masjid Putra lagi sedap... he..he.. rasanya ada 'bias' sikit kat sini coz dari suaranya, imam tu macam muda je...

Dengan berakhirnya Ramadhan, selamat hari raya kepada kesemua (dua) orang yang membaca blog ini. Tahun ni saye cuti raya lama sikit... seminggu di Johor... err... rumah saya takde open house, kalau nak datang, kite jumpa kat KFC Jusco Equine ye...

No comments: